Wednesday, 16 March 2016

PENERANGAN MENGENAI KUDA DARI SUDUT ISLAM



KUDA


PENGENALAN
Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia. Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia, firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan.
Ini dizahirkan dengan enam daripada 114 surah dalam al-Quran yang dinamakan sempena nama-nama haiwan seperti surah-surah al-Baqarah (lembu), al-An'am (haiwan ternakan), al-Nahl (lebah), al-Naml (semut), al-Ankabut (labah-labah) dan al-Fil (gajah).
Ayat-ayat al-Quran juga secara umum dan spesifik menyebut haiwan-haiwan lain seperti unta, KUDA, keldai, biri-biri, monyet, anjing, khinzir, ular, nyamuk, lalat, burung hud-hud, gagak dan banyak lagi.

KUDA merupakan salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang mempunyai kekuatan dan juga kecantikan fizikal untuk kegunaan manusia. Ini adalah haiwan yang tidak asing lagi di dunia Islam dari zaman dahulu sehingga sekarang.
Kuda disebutkan dalam firman Allah SWT dalam surah Ali Imran sebagai salah satu daripada ciptaan-Nyah untuk manusia.
Seperti ayat di bawah: Dan dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga). (Ali Imran: 14)
Selain daripada unta, kuda merupakan salah satu haiwan tunggangan yang digunakan oleh masyarakat Arab sebelum, sewaktu dan selepas zaman Nabi Muhammad SAW.
Baginda mempunyai beberapa ekor kuda yang dikaitkan dengan kehidupan Rasulullah.
Antara nama-nama kuda baginda ialah al-Liza-z, az-Zarib, al-Ward, Sabha dan al-Murtajiz.
Wilayah Asia Barat mempunyai satu spesies kuda yang dikenali sebagai kuda Arab.
Ini merupakan spesies kuda ang tertua di dunia. Daripada segi fizikal ia mempunyai bentuk kepala dan ekor yang tersendiri berbanding kuda jenis lain.
Kuda Arab dimasukkan dalam kategori kuda berdarah panas. Kuda jenis ini dikatakan pantas berlari, aktif dan cepat mempelajari sesuatu.
Kuda juga disebut dalam al-Quran sebagai tunggangan ketika perang seperti firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 60 yang bermaksud: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah…
Pada zaman permulaan Islam, kuda adalah antara tunggangan utama dalam peperangan yang memerlukan haiwan yang tangkas, pantas dan senang dikawal.
Keindahan kuda terletak pada bentuk fizikal dan warna yang dimiliki.
Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS terdapat seekor kuda yang amat cantik sehingga telah menyebabkan Nabi Sulaiman terleka kerana terpukau dengan kecantikan kuda-kuda tersebut.
Ini seperti yang disebut dalam surah Saad ayat 31 - 32 yang bermaksud: (Ingatlah) ketika dipertunjukkan kepadanya kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat waktu berlari pada waktu sore. Maka ia berkata, Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan.
Kecantikan dan kepantasan haiwan itu telah menarik minat para seniman Islam untuk menghasilkan barangan seni berkaitan dengannya.
Selain daripada pelana dan selimut kuda yang dihasilkan terdapat juga barangan seni yang mengabadikan keindahan dan kegagahan kejadian Allah SWT ini di atas barangan seni yang dihasilkan seperti seramik, ukiran batu jed dan juga lukisan miniatur.
Keunikan dari kuda selain dapat berlari degan cepat dan dapat tidur dengan berdiri, ia juga memiliki pandangan yang luas. Mata kuda adalah mata berukuran paling besar dibandingkan dengan seluruh mamalia darat. Luas bidang yang masuk dalam jangkauan pandangan kuda lebih dari 35 derajat. Namun, perlu anda ketahui pula bahwa kuda memiliki 2 buah titik buta yang terletak tepat di hadapannya dan di belakang kepalanya. Oleh karena itu, kuda tidak dapat melihat benda yang berada persis di depannya. Kuda juga buta terhadap warna merah.

SUNNAH MENUNGGANG KUDA DAN KEBAIKANNYA
"Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )

HADITH
Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

“Tidak ada hiburan kecuali dalam tiga hal; seorang laki-laki yang melatih kudanya, candaan seseorang terhadap isterinya, dan lemparan anak panahnya. Dan barangsiapa yang tidak memanah setelah ia mengetahui ilmunya karena tidak menyenanginya, maka sesungguhnya hal itu adalah kenikmatan yang ia kufuri.” (NASAI – 3522) 

Kebaikan Dari Segi Kesihatan

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

No comments:

Post a Comment