KAPAL,KUDA DAN SEMUT
Wednesday, 16 March 2016
PENERANGAN MENGENAI KUDA DARI SUDUT ISLAM
KUDA
PENGENALAN
Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia. Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia, firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan.Ini dizahirkan dengan enam daripada 114 surah dalam al-Quran yang dinamakan sempena nama-nama haiwan seperti surah-surah al-Baqarah (lembu), al-An'am (haiwan ternakan), al-Nahl (lebah), al-Naml (semut), al-Ankabut (labah-labah) dan al-Fil (gajah).
Ayat-ayat al-Quran juga secara umum dan spesifik menyebut haiwan-haiwan lain seperti unta, KUDA, keldai, biri-biri, monyet, anjing, khinzir, ular, nyamuk, lalat, burung hud-hud, gagak dan banyak lagi.
KUDA merupakan salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang mempunyai kekuatan dan juga kecantikan fizikal untuk kegunaan manusia. Ini adalah haiwan yang tidak asing lagi di dunia Islam dari zaman dahulu sehingga sekarang.
Kuda disebutkan dalam firman Allah SWT dalam surah Ali Imran sebagai salah satu daripada ciptaan-Nyah untuk manusia.
Seperti ayat di bawah: Dan dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga). (Ali Imran: 14)
Selain daripada unta, kuda merupakan salah satu haiwan tunggangan yang digunakan oleh masyarakat Arab sebelum, sewaktu dan selepas zaman Nabi Muhammad SAW.
Baginda mempunyai beberapa ekor kuda yang dikaitkan dengan kehidupan Rasulullah.
Antara nama-nama kuda baginda ialah al-Liza-z, az-Zarib, al-Ward, Sabha dan al-Murtajiz.
Wilayah Asia Barat mempunyai satu spesies kuda yang dikenali sebagai kuda Arab.
Ini merupakan spesies kuda ang tertua di dunia. Daripada segi fizikal ia mempunyai bentuk kepala dan ekor yang tersendiri berbanding kuda jenis lain.
Kuda Arab dimasukkan dalam kategori kuda berdarah panas. Kuda jenis ini dikatakan pantas berlari, aktif dan cepat mempelajari sesuatu.
Kuda juga disebut dalam al-Quran sebagai tunggangan ketika perang seperti firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 60 yang bermaksud: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah…
Pada zaman permulaan Islam, kuda adalah antara tunggangan utama dalam peperangan yang memerlukan haiwan yang tangkas, pantas dan senang dikawal.
Keindahan kuda terletak pada bentuk fizikal dan warna yang dimiliki.
Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS terdapat seekor kuda yang amat cantik sehingga telah menyebabkan Nabi Sulaiman terleka kerana terpukau dengan kecantikan kuda-kuda tersebut.
Ini seperti yang disebut dalam surah Saad ayat 31 - 32 yang bermaksud: (Ingatlah) ketika dipertunjukkan kepadanya kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat waktu berlari pada waktu sore. Maka ia berkata, Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan.
Kecantikan dan kepantasan haiwan itu telah menarik minat para seniman Islam untuk menghasilkan barangan seni berkaitan dengannya.
Selain daripada pelana dan selimut kuda yang dihasilkan terdapat juga barangan seni yang mengabadikan keindahan dan kegagahan kejadian Allah SWT ini di atas barangan seni yang dihasilkan seperti seramik, ukiran batu jed dan juga lukisan miniatur.
Keunikan dari kuda selain dapat berlari degan cepat dan dapat tidur dengan berdiri, ia juga memiliki pandangan yang luas. Mata kuda adalah mata berukuran paling besar dibandingkan dengan seluruh mamalia darat. Luas bidang yang masuk dalam jangkauan pandangan kuda lebih dari 35 derajat. Namun, perlu anda ketahui pula bahwa kuda memiliki 2 buah titik buta yang terletak tepat di hadapannya dan di belakang kepalanya. Oleh karena itu, kuda tidak dapat melihat benda yang berada persis di depannya. Kuda juga buta terhadap warna merah.
SUNNAH MENUNGGANG KUDA DAN KEBAIKANNYA
"Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )
HADITH
Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)
“Tidak ada hiburan kecuali dalam tiga hal; seorang laki-laki yang melatih kudanya, candaan seseorang terhadap isterinya, dan lemparan anak panahnya. Dan barangsiapa yang tidak memanah setelah ia mengetahui ilmunya karena tidak menyenanginya, maka sesungguhnya hal itu adalah kenikmatan yang ia kufuri.” (NASAI – 3522)
Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)
“Tidak ada hiburan kecuali dalam tiga hal; seorang laki-laki yang melatih kudanya, candaan seseorang terhadap isterinya, dan lemparan anak panahnya. Dan barangsiapa yang tidak memanah setelah ia mengetahui ilmunya karena tidak menyenanginya, maka sesungguhnya hal itu adalah kenikmatan yang ia kufuri.” (NASAI – 3522)
Kebaikan Dari Segi Kesihatan
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
KEUNIKAN SEMUT
SEMUT

PENGENALAN
Telah dianggarkan bahawa terdapat 20,000 spesis semut yang wujud di dunia. Semua semut-semut ini hidup berkoloni dan mempunyai sistem sosial yang tersusun dengan beberapa kasta iaitu - pekerja, askar, permaisuri dan dron - semua daripada mereka ini mempunyai tanggungjawab dan tugas-tugas yang amat spesifik untuk koloni mereka. Hanya semut permaisuri dan dron-dron jantan sahaja yang mampu untuk menghasilkan semut-semut baru. Kesemua semut askar dan semut pekerja adalah steril (tidak boleh menghasilkan zuriat).
![[ant-info1.gif]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBIpkTFBj4wkxMJTjLNljJJVTiu-4PlIIOCqcy9-1w0je8rNWJUvA_7JrhDJECQMMHUVfjkc5r88L7l4lIjs-jnSvVhxmT_r5OkKbRCMLMR5pvtC1ti8gWtBLl4ay8DJodUITubRobcMk/s1600/ant-info1.gif)
Semut merupakan serangga yang bersosial kerana mereka hidup dan bekerjasama di dalam satu komuniti. Mereka membesar dan menjaga anak-anak mereka. Kehidupan seperti ini adalah amat berbeza dengan kehidupan serangga-serangga lain yang lebih banyak masa hidup bersendirian. Satu komuniti semut ini dipanggil sebagai koloni. Kehidupan dalam koloni semut adalah sangat tersusun. Setiap ahli mempunyai pekerjaan masing-masing yang sangat spesifik.
Koloni semut diperintah oleh semut permaisuri. Antara tugas semut permaisuri yang penting adalah untuk bertelur. Semut pekerja melakukan semua kerja-kerja yang lain seperti menjaga permaisuri dan anak-anak, membina sarang dan membaiki sarang yang rosak. Semut pekerja juga bekerja mencari makanan dan mempertahankan sarang dari musuh. Semua semut pekerja adalah betina. Pekerja askar tugasnya hanya mempertahankan sarang dari serangan musuh (lihat saiznya yang lebih besar).
Kebanyakkan semut jantan hanya hidup beberapa minggu atau bulan sahaja. Mereka tidak bekerja dan akan mati sebaik sahaja bersenyawa dengan semut permaisuri yang baru.
Sebagai serangga yang bersosial pastinya semut mempunyai suatu cara untuk berkomunikasi. Para saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi menggunakan feromon (pheromones) sahaja. Mereka berpendapat bahawa apabila terdapat bahaya semut akan merembeskan feromon bahaya.
Pada hari ini, kenyataan itu terbukti tidak benar apabila para saintis berjaya membuktikan bahawa semut juga berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk menggesa semut-semut lain untuk berasa dalam keadaan awas apabila terdapat bahaya.

Artikel diatas membuktikan semut-semut sentiasa bercakap-cakap dalam frequensi yang sukar didengari oleh manusia. Semut permaisuri pula boleh memberikan arahan kepada semut-semut lain untuk berada dalam keadaan awas dengan menggunakan bunyi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Sesungguhnya Allah maha agung untuk menjadikan sesuatu. setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaatnya masing-masing. Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia.Allah mengabadikan kisah semut diadalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut.Surah yang ke 27 dalam alquran dengan kandungan 93 ayat semuanya.Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.
PENCIPTAAN KAPAL DARI SUDUT SAINS TEKNOLOGI DAN ISLAM
KAPAL
Pengenalan
Senibina kapal ialah salah satu bidang kejuruteraan yang meliputi teknologi
rekabentuk kapal atau objek yang terapung di air. Pada satu ketika ia juga dikaitkan
dengan teknologi pembinaan kapal tetapi kini teknologi pembinaan kapal merupakan
bidang yang tersendiri. Satu bidang lain yang berkaitan dengan senibina kapal ialah
Teknologi Marin dan Kejuruteraan Marin. Teknologi Marin merupakan bidang besar
yang meliputi semua bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan air seperti senibina
kapal, kejuruteraan marin dan kejuruteraan luar pantai manakala Kejuruteraan Marin
pula biasanya hanya berkaitan dengan rekabentuk dan operasi enjin pendorong di atas
sesebuah kapal.
Orang yang mempunyai kepakaran dalam senibina kapal dipanggil arkitek kapal.
Bagi membina kapal-kapal dan struktur ini, pembina kapal memerlukan pelan-pelan
dan panduan yang disediakan oleh arkitek kapal. Arkitek kapal menggunakan ilmu
dan kepakarannya di dalam bidang senibina kapal untuk membuat pengiraanpengiraan
yang berkaitan dengan rekabentuk kapal tersebut dan melukiskan pelan dan
panduan yang boleh digunakan oleh pembina kapal
Arkitek kapal perlu membuat pengiraan untuk menentukan saiz yang sesuai bagi
tugas yang bakal dilakukan oleh kapal yang sedang direkabentuk. Di samping itu,
arkitek kapal menganggarkan kestabilannya, kuasa pendorongan yang diperlukan,
kekuatan dan saiz struktur kapal seperti ketebalan plat, rasuk dan kerangka, kesan
ombak ke atas kapal dan seumpamanya. Jenis peralatan yang bakal dipasang, bahan
yang bakal digunakan dan susunatur pelbagai ruang dan perlatan juga ditentukan
melalui ilmu senibina kapal.
Walaupun manusia telah menggunakan pengangkutan air sejak sekian lama, tidak
semua alat pengangkutan ini direkabentuk berasaskan pengetahuan senibina kapal.
Bahkan ilmu mengenai teknologi rekabentuk kapal atau senibina kapal ini sebenarnya
hanya mula wujud pada abad ketujuh belas. Sebelum itu, pembinaan kapal tidak
diasaskan kepada pengetahuan sains dan teknologi tetapi lebih berdasarkan
ketrampilan dan kemahiran pembina bot atau kapal berkenaan. Ini terjadi sejak
zaman awal peradaban manusia seperti dalam tamaddun Mesir Kuno, Yunani dan
China. Begitu juga kapal-kapal perang dan penjelajah yang dibina oleh tamaddun
Rom, Islam dan juga kuasa penjajah Inggeris, Sepanyol, Belanda dan Perancis tidak
dibina menggunakan ilmu matematik atau kaedah saintifik.
Antara kejadian penciptaan kapal yang terawal pada zaman Nabi Nuh a.s dan reka bentuknya.
Menurut Kitab Suci, kapal Nabi Nuh AS merupakan suatu perahu besar yang dibuat dari kayu gofir dan ditutup dengan pakal. Ukuran keseluruhannya adalah panjang 450 kaki, lebar 75 kaki dan tinggi 45 kaki dengan tiga geladak di dalam. Sebuah “jendela” dibuat di bagian atas (Kejadian 6:14-16). Sepintas, ukuran keseluruhan kapal ini menjadikannya kendaraan laut terbesar yang ada sebelum abad ke-20, dan proporsinya secara menakjubkan mirip dengan kapal laut besar yang ada sekarang. Kitab Suci mengatakan bahwa kapal Nabi Nuh kandas di “pegunungan Ararat” (Kejadian 8:4). “Ararat” mungkin menerangkan suatu daerah (kerajaan kuno Urartu) dan bukan puncak gunung secara khusus.
Tidak seperti reka bentuk kapal yang dibina pada hari ini, bahtera Nabi Nuh AS dikatakan berbentuk seakan kotak kasut, tidak cantik tapi sangat berfungsi. Ia dikatakan dibina menggunakan spesies kayu purba yang sudah tidak wujud lagi di dunia ini.
Penyelidik menganggarkan bahawa bahtera itu seberat 4,100 tan dan mampu menampung muatan seberat 24,300 tan. Ia dibina menggunakan antara 9,000 hingga 13,000 pokok kayu balak purba berkenaan. Kajian seorang lagi penyelidik iaitu Dr Whitcomb menganggarkan kira-kira 3,700 haiwan mamalia, 6,300 reptilia, 2,500 amfibia dan 8,600 spesies burung menaiki bahtera itu ketika bencana ini berlaku.

Secara kesimpulannya, kecemerlangan kejayaan pencapaian dan sumbangan ahli-ahli sains Islam dalam bidang fizik, biologi, botani, zoologi, kejuruteraan dan perubatan adalah dipengaruhi oleh faktor keagamaan. Falsafah dan sumbangan sains dan teknologi Islam juga penting kepada peradaban manusia. Contohnya kejuruteraan hidraulik, pembinaan kapal dan sebagainya yang dicipta telah banyak memberi sumbangan dalam masa kini.Segala kajian dan penyelidikan, juga eksperimen yang dijalankan adalah untuk memenuhi satu matlamat.
Oleh itu, kita haruslah menghargai segala falsafah dan sumbangan sains dan teknologi islam pada masa dahulu. Kita haruslah menggunakannya dengan cara yang betul tanpa menyalahgunakannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
