Wednesday, 16 March 2016

KEUNIKAN SEMUT



SEMUT




PENGENALAN
Telah dianggarkan bahawa terdapat 20,000 spesis semut yang wujud di dunia. Semua semut-semut ini hidup berkoloni dan mempunyai sistem sosial yang tersusun dengan beberapa kasta iaitu - pekerja, askar, permaisuri dan dron - semua daripada mereka ini mempunyai tanggungjawab dan tugas-tugas yang amat spesifik untuk koloni mereka. Hanya semut permaisuri dan dron-dron jantan sahaja yang mampu untuk menghasilkan semut-semut baru. Kesemua semut askar dan semut pekerja adalah steril (tidak boleh menghasilkan zuriat).

[ant-info1.gif]


Semut merupakan serangga yang bersosial kerana mereka hidup dan bekerjasama di dalam satu komuniti. Mereka membesar dan menjaga anak-anak mereka. Kehidupan seperti ini adalah amat berbeza dengan kehidupan serangga-serangga lain yang lebih banyak masa hidup bersendirian. Satu komuniti semut ini dipanggil sebagai koloni. Kehidupan dalam koloni semut adalah sangat tersusun. Setiap ahli mempunyai pekerjaan masing-masing yang sangat spesifik.

Koloni semut diperintah oleh semut permaisuri. Antara tugas semut permaisuri yang penting adalah untuk bertelur. Semut pekerja melakukan semua kerja-kerja yang lain seperti menjaga permaisuri dan anak-anak, membina sarang dan membaiki sarang yang rosak. Semut pekerja juga bekerja mencari makanan dan mempertahankan sarang dari musuh. Semua semut pekerja adalah betina. Pekerja askar tugasnya hanya mempertahankan sarang dari serangan musuh (lihat saiznya yang lebih besar).


Kebanyakkan semut jantan hanya hidup beberapa minggu atau bulan sahaja. Mereka tidak bekerja dan akan mati sebaik sahaja bersenyawa dengan semut permaisuri yang baru.

Sebagai serangga yang bersosial pastinya semut mempunyai suatu cara untuk berkomunikasi. Para saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi menggunakan feromon (pheromones) sahaja. Mereka berpendapat bahawa apabila terdapat bahaya semut akan merembeskan feromon bahaya. 

Pada hari ini, kenyataan itu terbukti tidak benar apabila para saintis berjaya membuktikan bahawa semut juga berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk menggesa semut-semut lain untuk berasa dalam keadaan awas apabila terdapat bahaya.







Artikel diatas membuktikan semut-semut sentiasa bercakap-cakap dalam frequensi yang sukar didengari oleh manusia. Semut permaisuri pula boleh memberikan arahan kepada semut-semut lain untuk berada dalam keadaan awas dengan menggunakan bunyi.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Sesungguhnya Allah maha agung untuk menjadikan sesuatu. setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaatnya masing-masing. Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia.Allah mengabadikan kisah semut diadalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut.Surah yang ke 27 dalam alquran dengan kandungan 93 ayat semuanya.Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.



No comments:

Post a Comment