Wednesday, 16 March 2016

PENCIPTAAN KAPAL DARI SUDUT SAINS TEKNOLOGI DAN ISLAM


KAPAL

Image result for kapal

Pengenalan Senibina kapal ialah salah satu bidang kejuruteraan yang meliputi teknologi rekabentuk kapal atau objek yang terapung di air. Pada satu ketika ia juga dikaitkan dengan teknologi pembinaan kapal tetapi kini teknologi pembinaan kapal merupakan bidang yang tersendiri. Satu bidang lain yang berkaitan dengan senibina kapal ialah Teknologi Marin dan Kejuruteraan Marin. Teknologi Marin merupakan bidang besar yang meliputi semua bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan air seperti senibina kapal, kejuruteraan marin dan kejuruteraan luar pantai manakala Kejuruteraan Marin pula biasanya hanya berkaitan dengan rekabentuk dan operasi enjin pendorong di atas sesebuah kapal. 
Orang yang mempunyai kepakaran dalam senibina kapal dipanggil arkitek kapal. Bagi membina kapal-kapal dan struktur ini, pembina kapal memerlukan pelan-pelan dan panduan yang disediakan oleh arkitek kapal. Arkitek kapal menggunakan ilmu dan kepakarannya di dalam bidang senibina kapal untuk membuat pengiraanpengiraan yang berkaitan dengan rekabentuk kapal tersebut dan melukiskan pelan dan panduan yang boleh digunakan oleh pembina kapal 
Arkitek kapal perlu membuat pengiraan untuk menentukan saiz yang sesuai bagi tugas yang bakal dilakukan oleh kapal yang sedang direkabentuk. Di samping itu, arkitek kapal menganggarkan kestabilannya, kuasa pendorongan yang diperlukan, kekuatan dan saiz struktur kapal seperti ketebalan plat, rasuk dan kerangka, kesan ombak ke atas kapal dan seumpamanya. Jenis peralatan yang bakal dipasang, bahan yang bakal digunakan dan susunatur pelbagai ruang dan perlatan juga ditentukan melalui ilmu senibina kapal. 
Walaupun manusia telah menggunakan pengangkutan air sejak sekian lama, tidak semua alat pengangkutan ini direkabentuk berasaskan pengetahuan senibina kapal. Bahkan ilmu mengenai teknologi rekabentuk kapal atau senibina kapal ini sebenarnya hanya mula wujud pada abad ketujuh belas. Sebelum itu, pembinaan kapal tidak diasaskan kepada pengetahuan sains dan teknologi tetapi lebih berdasarkan ketrampilan dan kemahiran pembina bot atau kapal berkenaan. Ini terjadi sejak zaman awal peradaban manusia seperti dalam tamaddun Mesir Kuno, Yunani dan China. Begitu juga kapal-kapal perang dan penjelajah yang dibina oleh tamaddun Rom, Islam dan juga kuasa penjajah Inggeris, Sepanyol, Belanda dan Perancis tidak dibina menggunakan ilmu matematik atau kaedah saintifik. 
Antara kejadian penciptaan kapal yang terawal pada zaman Nabi Nuh a.s dan reka bentuknya.
Menurut Kitab Suci, kapal Nabi Nuh AS merupakan suatu perahu besar yang dibuat dari kayu gofir dan ditutup dengan pakal. Ukuran keseluruhannya adalah panjang 450 kaki, lebar 75 kaki dan tinggi 45 kaki dengan tiga geladak di dalam. Sebuah “jendela” dibuat di bagian atas (Kejadian 6:14-16). Sepintas, ukuran keseluruhan kapal ini menjadikannya kendaraan laut terbesar yang ada sebelum abad ke-20, dan proporsinya secara menakjubkan mirip dengan kapal laut besar yang ada sekarang. Kitab Suci mengatakan bahwa kapal Nabi Nuh kandas di “pegunungan Ararat” (Kejadian 8:4). “Ararat” mungkin menerangkan suatu daerah (kerajaan kuno Urartu) dan bukan puncak gunung secara khusus. 
Tidak seperti reka bentuk kapal yang dibina pada hari ini, bahtera Nabi Nuh AS dikatakan berbentuk seakan kotak kasut, tidak cantik tapi sangat berfungsi. Ia dikatakan dibina menggunakan spesies kayu purba yang sudah tidak wujud lagi di dunia ini.
Penyelidik menganggarkan bahawa bahtera itu seberat 4,100 tan dan mampu menampung muatan seberat 24,300 tan. Ia dibina menggunakan antara 9,000 hingga 13,000 pokok kayu balak purba berkenaan. Kajian seorang lagi penyelidik iaitu Dr Whitcomb menganggarkan kira-kira 3,700 haiwan mamalia, 6,300 reptilia, 2,500 amfibia dan 8,600 spesies burung menaiki bahtera itu ketika bencana ini berlaku.
bukit judi bahtera nabi nuh

Secara kesimpulannya, kecemerlangan kejayaan pencapaian dan sumbangan ahli-ahli sains Islam dalam bidang fizik, biologi, botani, zoologi, kejuruteraan dan perubatan adalah dipengaruhi oleh faktor keagamaan. Falsafah dan sumbangan sains dan teknologi Islam juga penting kepada peradaban manusia. Contohnya kejuruteraan hidraulik, pembinaan kapal dan sebagainya yang dicipta telah banyak memberi sumbangan dalam masa kini.Segala kajian dan penyelidikan, juga eksperimen yang dijalankan adalah untuk memenuhi satu matlamat.
Oleh itu, kita haruslah menghargai segala falsafah dan sumbangan sains dan teknologi islam pada masa dahulu. Kita haruslah menggunakannya dengan cara yang betul tanpa menyalahgunakannya.

No comments:

Post a Comment